DEAR DIARY,
Adakah Cinta Sejati wujud di alam nyata ?
Adakah Putera Idaman itu akan muncul ?
Adakah semua percintaan diakhiri dengan kebahagiaan?
Orang berkata, cinta memang wujud . . Bagiku , cinta itu hanya berada di alam fantasi . . Tapi, setelah hadirnya dia dalam hidup aku, barulah aku memahami perasaan cinta yang sebelum ini tidak pernah aku fahami . . Tika dahulu, jika aku melihat pasangan teruna dan dara bercinta, aku berasa sangat meluat . . Namun kini, setelah aku mengenali dia, Aku rasa cemburu melihat teruna dan dara kerana "putera idamanku" telah berada jauh dari persadaan aku . .
Namun begitu, aku tetap berasa bahagia "walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat" . .
Kau tidak pernah berasa jemu menghubungiku dan bertanya khabarku . . Dan kau sering berkata "bila kau rindu pejamkan matamu dan rasakan aku . ." Ungkapan itu sering menyebabkan aku tersenyum semanis madu . . Sejenak ku berfikir untuk mencari arjuna yang lain, tetapi "kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh . ."
Aku berkenan kepadanya bukan disebabkan harta kekayaannya dan rupa paras . . Tapi , aku mencintai dirinya kerana ketulusan hatimu . . Walau usia jauh berbeza tapi usia bukan penghalang untuk kita mencintai antara satu sama lain . . Suka dan duka kita menempuhi bersama-sama, hanya ALLAH SWT dan ajal sahaja yang dapat memisahkan kita . . Percayalah bahawa cintaku padamu terukir serlah di dalam hatiku . .
Aku ingin mengenalinya sejak 2 tahun lepas, aku mencari facebook dia, tapi tidak dapat . . Akhirnya sahabat dia yang memberitahu aku facebook dia . . Aku gembira ketika itu, Tidak terucap kata-kataku pada sahabat dia . . Aku ingin dia di dalam hidup aku, dia sudah membuka pintu hatiku untuk mencintai dirinya . . YA ALLAH, benarkah cinta pertama yang belum aku miliki selama ini? Jika dia adalah cinta matiku, aku redha . . Kerana aku memang mencintainya sepenuh hati aku . .
Aku tahu ALLAH sedang menguji kesetiaan aku dan dia walaupun kami tidak menjalinkan hubungan cinta . . Tapi percayalah sayang bahawa, aku tetap akan menunggumu setelah habis pengajianmu . .
"kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh" . . Aku pegang dengan kata-kata itu , , Hati ini sudah tertawan oleh arjuna yang aku tunggu selama hampir 2 tahun . . Sayang, aku amat mencintaimu . .
"Percayakan kesetiaan ini, pada ketulusan aishiteru" . . Percayalah wahai puteraku, cinta ini hanya untukmu. . Saat kau jauh disana, aku tetap menunggu kepulanganmu kelak . .
NUKILAN: Nur Syahirah Abd Samat :)



No comments:
Post a Comment